Monday, August 26, 2013

Focusing/Tumpuan

Salam sejahtera.
Apa khabar dan bagaimana dengan cuti hujung minggu kalian semua? harapanku semoga semuanya dalam kesihatan yang baik dan cuti hujung minggu kalian dimanfaatkan dengan sebaiknya. Ada diantara kita yang bercuti ketempat atau ke negeri lain (Niece aku bercuti ke KAY ERR ni). Selamat pulang dari bercuti dan selamat kembali bertugas.

So cuti hujung minggu sudah pun selesai dan berlalu kini tugas dan rutin harian pun bermula kembali.  Yang bersekolah akan meneruskan pembelajaran dan bagi yang berkerja akan memulakan tugasan kembali(Monday mood ni) .

Apa yang aku nak tekankan kat sini adalah perihal "TUMPUAN @ FOCUSING".  

Tumpuan adalah sesuatu yang amat penting dalam apa jua yang kita lakukan.  Jikalau tiada tumpuan maka apakah yang akan terjadi kepada apa yang kita usahakan atau lakukan itu? sudah tentulah ianya akan tercicir/tersasar dari apa yang kita inginkan atau harapkan bukan?

Bagi seorang pelajar, kalau tiada tumpuan atau hilang tumpuan/focus semasa pembelajaran di dalam kelas atau semasa mengulang kaji pelajaran akan menyebabkan kita gagal dalam peperiksaan. Bagaimana hendak menjawab kertas soalan sekiranya ruangan otak kita kosong (tak de input)?

Begitu juga dengan seorang pekerja, tak kiralah apa jua pun jenis pekerjaan.  Baik seorang doktor, cikgu, kerani, accountant dan sebagainya.  Waktu bekerja, kita memerlukan tumpuan/perhatian untuk menyelesaikan kerja tersebut.  Kita juga kena tahu dan faham dengan apa yang kita lakukan.  Sekiranya belum faham dengan tugasan kita, maka berusalah mencari jalan/cara demi untuk kita memahaminya.  Bukan dengan cara membiarkan tanpa usaha.

Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan seseorang itu hilang tumpuan semasa belajar atau bekerja.  Antaranya adalah, masalah peribadi, melayari laman-laman sosial di internet, mendengar muzic(menyumbat telinga dengan headphone), membaca buku cerita dan sebagainya.

Bagaimana nak tumpukan perhatian terhadap kerja sekiranya tumpuan terarah kepada kesibukan untuk "mengupdatekan" status facebook/twitter?. Baigaimana nak focus pada buku pelajaran sementra mata melihat dan membaca buku cerita/novel? eeerrr payah tu.

Para pelajar, ilmu yang kita cari dan tuntut sekarang ini sangat berguna untuk bekalan dimasa hadapan.  Justeru itu kita haruslah tekun mengulangkaji, tumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran, semasa berada dalam kelas atau semasa ulangkaji.

Para pekerja pula, pekerjaan itu adalah mata pencarian atau periuk nasi kita.  Sekiranya lalai dan hilang tumpuan, bagaimana dengan reputasi kerja kita?. Jangan salahkan pengurusan sekiranya kenaikan pangkat atau kenaikan gaji kita tidak sama berbanding dengan pekerja yang reputasi kerjanya lebih baik atau silap-silap haribulan kita "ditendang" atau "digoreng sotong" dek kerana kelalaian yang berpunca dari hilang tumpuan pada pekerjaan.

Pembahagian masa itu penting.  Mengemaskini facebook/twitter, menonton Youtube, mendengar radio/muzic atau membaca buku cerita/majalah boleh dilakukan jika ada masa terluang, masa makan tengahari atau dirumah. Jangan membiarkan ianya menganggu pekerjaan atau pembelajaran kita.


Dedicated to my beautiful Angel.