Thursday, November 1, 2012

Dengki dan Cemburu

Bertemu kembali di ruangan yang comel ini (comel benar la! bak kata rakan baik ku :)) dan salam sejahtera buat semua.  Entah kenapa hari ini hati terasa hendak berbicara tentang topik ini. Sekadar luahan dari hati kecil ku ini. 

Setiap MANUSIA mempunyai perasaan. Perasaan baik dan buruk adalah sifat semulajadi manusia, hanya insan yang berilmu sahaja yang dapat menangani segala macam sifat buruk yang ada pada dirinya (Berilmu dari segi duniawi dan surgawi). 

Sifat buruk yang sering menggangu ketenteraman jiwa setiap insan adalah sifat DENGKI dan CEMBURU.  Rasa dengki dan cemburu memang sering memainkan peranannya di kalangan kita.  Dengki dan cemburu melihat kejayaan, kekayaan, kebahagian dan sebangainya yang di miliki oleh insan lain.

Perasaan dengki dan cemburu ini boleh dihindari dan diatasi dengan perasaan bahagia dan berasa puas dengan apa yang ada pada diri.  Usah membandingkan diri dengan insan yang lain.  Sekirannya hendak memiliki apa yang insan yang lain miliki, seharusnya hendaklah seseorang itu berusaha dengan lebih gigih untuk meletakan diri sama seperti di tempat insan itu dan bukannya dengan cara menjatuhkan atau mengaibkannya.  Usaha itu tangga kejayaan.  Pada pendapat saya, jikalau irihati atau cemburu dengan kejayaan insan lain, usahakan sehingga diri juga mendapat kejayaan sepertinya atau lebih berjaya lagi darinya.
Berperasaan terbuka, rehat yang cukup, 
 bersosial dengan teman-teman dan masa beriadah (quality time) bersama keluarga, 
dengan cara ini rasa dengki dan cemburu dapat di hindari.

Penyakit ini merugikan diri sekiranya perasaan DENGKI dan CEMBURU yang negatif menguasai diri.  Tangganilah perasaan dengki dan cemburu ini dengan cara positif.  Tanamkan kepercayaan dalam diri bahawa hidup ini penuh dengan keterbatasan dan dengan kepercayaan yang kuat kepada TUHAN akan membuatkan kita menerima dan lebih terbuka dengan kehidupan yang ada.

No comments:

Post a Comment