Monday, August 26, 2013

Focusing/Tumpuan

Salam sejahtera.
Apa khabar dan bagaimana dengan cuti hujung minggu kalian semua? harapanku semoga semuanya dalam kesihatan yang baik dan cuti hujung minggu kalian dimanfaatkan dengan sebaiknya. Ada diantara kita yang bercuti ketempat atau ke negeri lain (Niece aku bercuti ke KAY ERR ni). Selamat pulang dari bercuti dan selamat kembali bertugas.

So cuti hujung minggu sudah pun selesai dan berlalu kini tugas dan rutin harian pun bermula kembali.  Yang bersekolah akan meneruskan pembelajaran dan bagi yang berkerja akan memulakan tugasan kembali(Monday mood ni) .

Apa yang aku nak tekankan kat sini adalah perihal "TUMPUAN @ FOCUSING".  

Tumpuan adalah sesuatu yang amat penting dalam apa jua yang kita lakukan.  Jikalau tiada tumpuan maka apakah yang akan terjadi kepada apa yang kita usahakan atau lakukan itu? sudah tentulah ianya akan tercicir/tersasar dari apa yang kita inginkan atau harapkan bukan?

Bagi seorang pelajar, kalau tiada tumpuan atau hilang tumpuan/focus semasa pembelajaran di dalam kelas atau semasa mengulang kaji pelajaran akan menyebabkan kita gagal dalam peperiksaan. Bagaimana hendak menjawab kertas soalan sekiranya ruangan otak kita kosong (tak de input)?

Begitu juga dengan seorang pekerja, tak kiralah apa jua pun jenis pekerjaan.  Baik seorang doktor, cikgu, kerani, accountant dan sebagainya.  Waktu bekerja, kita memerlukan tumpuan/perhatian untuk menyelesaikan kerja tersebut.  Kita juga kena tahu dan faham dengan apa yang kita lakukan.  Sekiranya belum faham dengan tugasan kita, maka berusalah mencari jalan/cara demi untuk kita memahaminya.  Bukan dengan cara membiarkan tanpa usaha.

Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan seseorang itu hilang tumpuan semasa belajar atau bekerja.  Antaranya adalah, masalah peribadi, melayari laman-laman sosial di internet, mendengar muzic(menyumbat telinga dengan headphone), membaca buku cerita dan sebagainya.

Bagaimana nak tumpukan perhatian terhadap kerja sekiranya tumpuan terarah kepada kesibukan untuk "mengupdatekan" status facebook/twitter?. Baigaimana nak focus pada buku pelajaran sementra mata melihat dan membaca buku cerita/novel? eeerrr payah tu.

Para pelajar, ilmu yang kita cari dan tuntut sekarang ini sangat berguna untuk bekalan dimasa hadapan.  Justeru itu kita haruslah tekun mengulangkaji, tumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran, semasa berada dalam kelas atau semasa ulangkaji.

Para pekerja pula, pekerjaan itu adalah mata pencarian atau periuk nasi kita.  Sekiranya lalai dan hilang tumpuan, bagaimana dengan reputasi kerja kita?. Jangan salahkan pengurusan sekiranya kenaikan pangkat atau kenaikan gaji kita tidak sama berbanding dengan pekerja yang reputasi kerjanya lebih baik atau silap-silap haribulan kita "ditendang" atau "digoreng sotong" dek kerana kelalaian yang berpunca dari hilang tumpuan pada pekerjaan.

Pembahagian masa itu penting.  Mengemaskini facebook/twitter, menonton Youtube, mendengar radio/muzic atau membaca buku cerita/majalah boleh dilakukan jika ada masa terluang, masa makan tengahari atau dirumah. Jangan membiarkan ianya menganggu pekerjaan atau pembelajaran kita.


Dedicated to my beautiful Angel.







Friday, July 26, 2013

Sunday Market-SABAH.

SUNDAY MARKET atau PASAR MINGGU sangat terkenal di Kota Kinabalu, Sabah.  Jika anda melawat ke Kota Kinabalu, Sabah tanpa berhenti di tempat ini, maka lawatan anda ke Sabah seolah-olah tidak lengkap.  Dilaman ini, aku paparkan beberapa keping gambar untuk tetapan kita dari pengalaman lawatan bersama Puteriku untuk yang kesekian kalinya ke pasar minggu ini (June, 2013). Pelbagai barangan di jual di sini dengan harga yang berpatutan.

Sewing

Playing Gong-Instrument

 Key Chains

 Biscuits
 Beads
 Sabah' Pearl
 Big Ring

Necklaces Seashell

 Butterfly
 Dancing baby doll
 Necklaces



Wednesday, July 24, 2013

Kasih


KASIH

Salam sejahtera dalam kasih TUHAN kepada saudara dan saudariku sekelian. Lama juga ruanganku ini menyepi, ini adalah kerana kesibukan dengan tugasan seharian. Apa khabar semuanya? aku berharap agar kita semua sentiasa mendapat kasihatan yang baik serta berkat yang berlimpahan dari NYA.

Kali ini, inginku berbicara tentang kasih dan tanggungjawab seorang anak kepada insan yang bergelar IBU dan AYAH. Apa khabar kedua ibu dan ayah kalian? bagi kalian yang sudah kehilangan salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya, janganlah bersedih. Hadiahkanlah doa untuk mereka dan semoga roh mereka ditempatkan di tempat yang telah dijanjikan dan disediakan oleh Juruselemat Kita Yesus Kristus dan bagi mereka yang masih mempunyai kedua-dua, sayangi dan kasihilah kedua mereka. 

Saya percaya bahawa setiap diri kita ada tertanam satu perasaan yang sangat murni iaitu perasaan "Kasih dan Sayang".  Kasih dan sayang ini sungguh berharga. Kita berada di dalam dunia ini juga adalah kerna hasil dari kasih dan sayang insan yang bergelar IBU dan AYAH. Dengan pengorbanan yang tidak ternilai dari mereka, menjadikan kita seorang insan yang berguna dan berjaya pada masa ini. Mereka bersusah payah, membanting tulang siang dan malam, berpanas berhujan, berpajak gadai demi mencari ongkos untuk membesar dan menyekolahkan kita.

Wahai insan yang bergelar anak, hormatilah, sayangi dan kasihilah kedua IBU dan AYAH mu......

Tanpa adanya mereka, tidak akan adanya kita pada hari ini. Kenanglah jasa dan pengorbanan mereka.  Apa yang kita ada pada hari ini adalah hasil pengorbanan yang tidak ternilai dan tidak akan dapat kita bayar dengan wang ringgit. Jagalah mereka dengan baik lebih-lebih lagi di hari tua mereka. Sebagaimana kita menyayangi anak-anak kita, begitulah IBU dan Ayah menyayangi kita. Ajarilah anak-anak kita agar menyayangi kedua nenek dan atuk mereka.  Sesungguhnya IBU dan AYAH kita tidak memandang wang ringgit dari kita akan tetapi mereka sangat memerlukan perhatian, penjagaan dan kasih sayang dari kita.  Janganlah nanti bila keduanya sudah tiada, barulah kita menyesal..

                 Dad, i love you
                 Ayah, aku menyayangimu
                Amei, akui nyalam ika..Tuhan maih ageh paen men ika.

                Mum, I love you, miss you so much
                Ibu, aku amat menyayangimu
                Inei, akui nyalam ika, liveng ayak kui...
                Bi akui jam ika tek melok alem uma Tuhan tam.
                                         
                To my beautiful Angel,
                Mummy love you soooo much.
                                   



                                   

Monday, November 19, 2012

SEGAR

  
Bertemu dan bersua kembali di laman ini. Bagaimana dengan cuti hujung minggu kalian semua? semoga masa santai ini dapat dinikmati dengan penuh aman dan kalian juga mendapat rehat yang secukupnya bagi mempersiapkan diri untuk berjuang dalam apa jua yang kalian harunggi di minggu seterusnya, baik untuk yang berkerja ataupun surirumahtangga. Mulakan pembukaan minggu kita dengan SEGAR.  Segar Fizikal dan segar minda supaya apa yang terhasil dari kesegaran ini semuanya akan segar-segar belaka yes! hahaha (Eh! terlebih emo la pulak).

Disini aku nak berkongsi gambar (eh!...bukan..bukan gambarajah la). Ianya hanya untuk kesegaran mata kita pula. Mana yang matanya tidak segar selepas tengok (nangar) gambar ini, minta maaf la ye.  


Errrm...aktiviti menjala. Seronok nyerr 



Anak-anak ketam balik kampung 




My pet (hahaha menar la tek!)

Buah saga, buah pala
Keduanya buah tapi tidak serupa
Gambar ini sekadar untuk tatapan mata
Segar mata segar juga minda

Pagi-pagi gali perigi
Perigi untuk anak manakan
Sebelum aku mengundur diri
Salah dan silap harap dimaafkan



Thursday, November 1, 2012

Dengki dan Cemburu

Bertemu kembali di ruangan yang comel ini (comel benar la! bak kata rakan baik ku :)) dan salam sejahtera buat semua.  Entah kenapa hari ini hati terasa hendak berbicara tentang topik ini. Sekadar luahan dari hati kecil ku ini. 

Setiap MANUSIA mempunyai perasaan. Perasaan baik dan buruk adalah sifat semulajadi manusia, hanya insan yang berilmu sahaja yang dapat menangani segala macam sifat buruk yang ada pada dirinya (Berilmu dari segi duniawi dan surgawi). 

Sifat buruk yang sering menggangu ketenteraman jiwa setiap insan adalah sifat DENGKI dan CEMBURU.  Rasa dengki dan cemburu memang sering memainkan peranannya di kalangan kita.  Dengki dan cemburu melihat kejayaan, kekayaan, kebahagian dan sebangainya yang di miliki oleh insan lain.

Perasaan dengki dan cemburu ini boleh dihindari dan diatasi dengan perasaan bahagia dan berasa puas dengan apa yang ada pada diri.  Usah membandingkan diri dengan insan yang lain.  Sekirannya hendak memiliki apa yang insan yang lain miliki, seharusnya hendaklah seseorang itu berusaha dengan lebih gigih untuk meletakan diri sama seperti di tempat insan itu dan bukannya dengan cara menjatuhkan atau mengaibkannya.  Usaha itu tangga kejayaan.  Pada pendapat saya, jikalau irihati atau cemburu dengan kejayaan insan lain, usahakan sehingga diri juga mendapat kejayaan sepertinya atau lebih berjaya lagi darinya.
Berperasaan terbuka, rehat yang cukup, 
 bersosial dengan teman-teman dan masa beriadah (quality time) bersama keluarga, 
dengan cara ini rasa dengki dan cemburu dapat di hindari.

Penyakit ini merugikan diri sekiranya perasaan DENGKI dan CEMBURU yang negatif menguasai diri.  Tangganilah perasaan dengki dan cemburu ini dengan cara positif.  Tanamkan kepercayaan dalam diri bahawa hidup ini penuh dengan keterbatasan dan dengan kepercayaan yang kuat kepada TUHAN akan membuatkan kita menerima dan lebih terbuka dengan kehidupan yang ada.

Wednesday, October 31, 2012

nature

Salam sejahtera buat kaum keluarga serta sahabat handai.

                               Sekadar untuk tatapan mata kita bersama......

Saya sangat tertarik dengan keindahan alam. Ianya memberi inspirasi kepada kehidupan kita.  Semoga keindahan alam ini akan sentiasa kekal sehingga ke generasi seterusnya tanpa ada pencemaran atau kemusnahan dek kerakusan manusia. 

Marilah kita sama-sama menghayatinya....